BESTA ELECTRONIC DICTIONARY:
   
PDA MODEL :
back to home
email us
ACCESSORIES :
  Store Locator Download Related Links Email Us  


BESTA MD - 831 
Oxford Fajar Advanced Learner's English-Malay Dictionary


Sebuah kamus Inggeris-Inggeris-Melayu yang ulung dan disusun dengan mengambil kira kepentingan khas para pelajar sambil memenuhi keperluan para pengguna lain dari segenap lapisan masyarakat. Kamus ini mengandungi lebih daripada 57 100 kata dasar berserta kata terbitan dan frasa. Kamus ini turut mengandungi kata-kata bahasa Inggeris dan bahasa Melayu klasik; kata-kata loghat tidak rasmi atau slanga; kata-kata berasal daripada bahasa asing; serta kata-kata istilah dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan seperti sukan, sains, teknologi maklumat, geografi, ekonomi, sejarah, bahasa, sastera, dan budaya. Nota penggunaan bahasa Inggeris yang menerangkan perkara-perkara yang melibatkan kesukaran dari segi tatabahasa atau semantik turut dimuatkan dalam kamus ini bagi membantu kefahaman pengguna.


Kamus Perdana

Sebuah kamus Melayu-Melayu-Inggeris yang mengandungi lebih daripada 40, 000 kata dasar dan 10 000 kata terbitan, kata majmuk, dan kata ganda. Kosa kata yang terkandung meliputi istilah-istilah terbaharu dalam pelbagai subjek dan bidang. Setiap kosa kata diberikan penerangan maksud dalam dwi-bahasa, iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Penerangannya jelas dan mudah difahami. Kamus ini sangat bermanfaat kepada para pengguna, sama ada para pelajar mahupun masyarakat umum termasuk para pekerja di sektor swasta atau kerajaan.

1. Fungsi Kamus
100% dimuatkan dengan Oxford Fajar Advanced Learner's English-Malay Dictionary bagi kamus Inggeris-Inggeris-Melayu dan Kamus Perdana bagi kamus Melayu-Melayu-Inggeris.
Memudahkan proses penyemakan. Fungsi rujuk silang boleh dilakukan dengan pantas, iaitu dalam tempoh lebih kurang 1 saat sahaja bagi setiap semakan. Rujuk silang ini boleh dilakukan sehingga 20 kali.
Membolehkan penyemakan kosa kata dilakukan dengan mudah, pantas, dan tepat.
Memudahkan proses penyemakan. Fungsi rujuk silang boleh dilakukan dengan pantas, iaitu dalam tempoh lebih kurang 1 saat sahaja bagi setiap semakan. Rujuk silang ini boleh dilakukan sehingga 20 kali.
Membolehkan penyemakan secara input pintar dan juga pencarian secara alternatif, iaitu melalui semakan ejaan atau perkataan terhampir.
Mempunyai sebutan bersuara bagi setiap kosa kata dan contoh ayat dalam bahasa Inggeris.
Kata dasar, kata terbitan, frasa, peribahasa, antonim, sinonim, contoh ayat dan tatabahasa atau semantik disertakan bagi setiap kosa kata.
   
2. Pangkalan Kosa Kata yang Luas
Mengandungi kosa kata dari Kosa Kata Asas Oxford, Kosa Kata IELTS, Kosa Kata TOEFL, dan Kosa Kata GRE.
Terdapat pelbagai istilah Sains dan Matematik yang disusun berdasarkan kandungan kurikulum pelajaran Malaysia. Istilah Sains dan Matematik ini meliputi bidang Saintifik, Matematik, Fizik, Biologi, dan Kimia.
Mengandungi bahasa Inggeris perdagangan yang dapat membantu pembelajaran bahasa Inggeris dalam pelbagai konteks, contohnya dalam bidang pembekalan, insurans, penawaran, pasaran, kualiti dan banyak lagi bagi membantu pengguna untuk menguasai penggunaan bahasa Inggeris dalam dunia perdagangan.
 


© 2004 LEAD SYSTEM. All rights reserved